Sunday 16 December 2012

BIAR PADAN MUKA JULIA PEREZ, BARU TAU LANGIT TINGI RENDAH



KUALA LUMPUR: Pelakon seksi bermulut celupar Indonesia, Julia Perez atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati bakal berdepan tindakan tegas selepas Jabatan Imigresen berjanji meneliti status kemasukannya ke negara ini berikutan pendedahan Presiden Seniman, Zed Zaidi yang mendakwa aktres kontroversi itu berlakon tanpa permit sah.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, pihaknya akan memantau kemasukan Julia dan mungkin mendapatkan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengenai perkara itu.

“Sebenarnya kemasukan artis seperti ini akan diuruskan orang lain dan untuk lakonan, ia hendaklah melalui Finas manakala untuk konsert melalui agensi lain.

“Tidak banyak yang dapat saya katakan setakat ini, tapi kita akan mendapatkan kerjasama agensi berkaitan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Jika benar dakwaan Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil, Julia yang mesra dengan panggilan Jupe boleh didakwa mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial. Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. (Harian Metro)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...