Friday 21 December 2012

Bola kini berada di kaki Datuk K Rajagobal!


Buktikan Raja! Tegas sungguh Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.  Komen Prof ni di Berita Harian, “Malu rasanya apabila lihat Singapura boleh menewaskan Thailand 3-1 (kelmarin) sedangkan kita tewas mudah 3-0 kepada Singapura dan tersingkir di separuh akhir kepada Thailand. Patutnya individu yang terbabit perlu berundur apabila kita gagal pada Piala Suzuki AFF 2012.

Peluang kepada Jurulatih Harimau Malaya membuktikan kebolehan K. Rajagobal memimpin pasukan. Ada dua aksi awal kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Qatar dan Yaman pada 6 Februari dan 22 Mac depan seharusnya dijadikan penanda aras penting kepadanya untuk memenuhi sasaran itu selepas dua tahun mengharungi tempoh ‘bulan madu’ tanpa sebarang sasaran. 


Namun, andai tewas dalam kedua-dua perlawanan awal berkenaan, pengkritik sukan terkemuka negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berpendapat, Rajagobal perlu meletak jawatan serta merta!  Huh!  Apa lagi Raja! Peminat pun memerhati sejauhmana kehebatan mike mengendalikan pasukan Harimau Malaya..heee...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...