Thursday 20 December 2012

CERITA PELIK: Dr Mohd Asri Main Kayu Tiga Denga PAS



Teman suka jugak Dr Mohd Asri @realDrMAZA menghentam isu Amanat Haji Hadi.  Tapi teman menjadi musykil, teguran Dr Mohd Asri ni seperti ada udang sebalik batu.  Cuba kome amati betul-betul petikan DR Mohd Asri yang teman ambil dari Sinar Harian,

Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat.

Ini perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi). Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini,” 

Teman melihat dari banyak sudut. Pertama, sejauhmana ahli PAS tidak mengamalkan amanat tersebut sedangkan hampir di dalam semua ceramah PAS merujuk Kerajaan BN sebagai zalim dan kejam.  Tidak ketinggalan jugak masih lagi PAS menuduh UMNO sebagai kafir.  Ditambah pulak dengan Cyber Trooper yang pro PAS dan ustaz dan ustazah segera PAS sering mengungkap perkara yang sama (zalim, kejam dan kafir) berkali-kali hingga menjadikan ungkapan Amanat Haji Hadi sebagai "trademark".  Jadi, apa niat Dr Mohd Asri berkata begitu?

Kedua, teman mempertikaikan keikhlasan Dr Mohd Asri begitu beriya-iya untuk memastikan pencerahan masyarakat dibuat oleh Hj Hadi.  Dengan erti kata lain, supaya orang Melayu boleh menerima PAS dan PAS akan dianggap sebagai satu-satunya Parti memperjuangkan Islam.  Mungkin Dr Mohd Asri sedar, PAS telah mendoakan kemusnahan Parti lawan iaitu BN dan telah membuat kenyataan secara terbuka menerima golongan Syiah dan Khawarij masuk ke dalam Parti PAS.  Teman rasa pastinya, Dr Mohd Asri telah maklum  perkara ini.  Tak gitu? 

Apa niat sebenar Dr Mohd Asri ini?  Teman yakin ada sesuatu yang diidam-idamkan.  Ada pelbagai kemungkinan. Pertama, Dr Mohd Asri juga memperjuangkan untuk golongan Syiah dan Khawarij. Kedua, Dr Mohd Asri mempunyai cita-cita menjadi calon PAS dan ketiga, Dr Mohd Asri menjadi senjata PAS yang baru untuk membunuh karektor ulama yang pro UMNO.  Tapi teman nak pesan kepada PAS, "You've took a wrong person".

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...