Wednesday 19 December 2012

DAP Hina Pejawat Awam Melayu


Teman rasa terkejut ada sekor dua Melayu dalam DAP menghina bangsanya sendiri.  Terbaru, Naib Pengerusi DAP yang baru Senator Dr Ariffin S M Omar bahawa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam.  Apa la terlalu taksubkan Melayu sekor ni terhadap Parti DAP hingga bangsanya sendiri dicerca.  Teman kecewa dengan sikap sekor Melayu ni yang baru diberi jawatan walaupun hampir semua ahli DAP menolak kepimpinan Melayu dalam DAP.

Inilah namanya Melayu yang tak sedar diri dan tak sedar diuntung.  Kerana diberikan jawatan sanggup buat apa sahaja hinggakan mencuci taik Guan Eng sendiri diabdikan diri macam kuli batak. Celaka lah engkau Dr Ariffin..ptuii!!!!

KOTA TINGGI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan dakwaan naib pengerusi baharu DAP Senator Dr Ariffin S M Omar bahawa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam merupakan satu perbuatan bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata kenyataan itu jelas membuktikan parti pembangkang itu selama ini sememangnya bersifat cauvinis dan perkauman.

"Apabila kita kata perkauman, DAP tak mengaku tetapi kenyataan dia menuduh orang Melayu sebagai paling korup menunjukkan ternyata benar mereka bersikap demikian.

"Kesatuan perkhidmatan (awam) kerajaan tentu rasa kecewa dengan kenyataan ini. Tetapi sudah memang perangai (DAP) begitu, kalau parti itu cauvinis, datang dari mulut siapa pun di kalangan pemimpin mereka menjelmakan hakikat sebenar," katanya.

Muhyiddin juga berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ariffin itu walaupun beliau seorang Melayu.

DAP katanya, sememangnya bukan untuk orang Melayu kerana hakikat sebenar terserlah melalui proses pemilihan parti itu baru-baru ini sehinggakan veteran dan anggota Jawatankuasa Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Lim Kit Siang sendiri mengakui kegagalan tersebut.

"Mungkin Kit Siang rasa agak apologetik (mengenai kedudukan Melayu dalam DAP) tetapi sebenarnya mengakui parti itu tidak mengira kepentingan politik, bersikap perkauman dan tidak sesuai untuk orang Melayu memperjuang nasib bangsa mereka," katanya.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta orang Melayu dalam parti itu supaya membuka mata dan sedar tentang hakikat penyertaan mereka dalam DAP adalah sia-sia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...