Wednesday 19 December 2012

GEMPAR: Seks Dengan 30 Lelaki Kenalan Facebook


Apa nak kata, dunia tanpa batasan. Teman tak nafikan media sosial telah menjadi trend anak-anak muda sekarang ini.  Kemana-mana sahaja dan dimana-mana sahaja.  Ada baik dan buruknya.  Apabila tersilap langkah, buruk padahnya.  Cerita suka duka seorang gadis yang dilaporkan oleh The Star, yang telah melakukan hubungan terlarang seks bebas bersama 30 orang lelaki melalui kenalan facebook.  Gadis yang dikenali sebagai Qila berusia 20 tahun yang juga telah mengandung anak luar nikah yang tidak diketahui siapa bapanya.  Gadis ini jugak ketagihan arak, dadah dan merokok sejak berumur 17 tahun.  Walaubagaimana pun, gadis ini telah sedar dari kesilapan dan sedang menjalani rawatan pemulihan.

Teman rasa sedih dan kecewa, jika mengikut gadis ini, rakan-rakan yang lain sibuk menelaah untuk menghadapi Peperiksaan SPM, dia pulak sibuk melayan lelaki-lelaki miang.  Mudah-mudah gadis ini bertaubat dan balik ke pangkal jalan.  Kome jaga lah anak kome elok-elok, itu pun kalau ada anak la, kalau yang belum berkahwin, jagalah diri dan kehormatan dengan sebaiknya.  Tak kira la lelaki dan perempuan, lelaki pun ada yang kena rogol.heee..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...