Sunday 16 December 2012

HOT! MARUAH GADIS TERGADAI DI TAGGED



Ini le orang kampung teman kata " Ceghordik Buah Pelio". heee..Kome ni senang-senang je percaya pada orang lelaki.  Kena ayat sikit, dah berpinar.  Dah percaya.  Kenal pun tak, cuma kat alam maya je.  Mula ayat-ayat mintak nombor telefon, lepaih tu main sms.  cakap rindu-rindu pulak.  Cakap tak puas la tengok pic kat fb je. Dah mula la tu!  Kome pun makan la ayat-ayat tak makan saman tu!  Lepaih tu pegi jumpa la.  Apa lagi, lauk masak kari kepala ikan la kome kena makan.  Lauk depan mata beb!..heee..peace..

KUALA LUMPUR: Menggerunkan apabila cinta maya yang berputik di laman sosial seperti facebook (fb), twitter, Myspace, Tagged dan Instagram selain kemudahan telefon pintar seperti BlackBerry Messenger (BBM) menyebabkan ramai remaja perempuan terjebak dengan kegiatan tidak bermoral, termasuk hamil luar nikah.

Antara faktor utama masalah itu ialah kerana kesepian dan cemburu melihat rakan sebaya berwajah cantik berdampingan dengan kekasih, menyebabkan ramai gadis kurang menawan menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti laman sosial dan telefon pintar untuk mendapatkan seramai mungkin kenalan lelaki.

Bagaimanapun, tindakan itu membawa padah apabila maruah diri tergadai selepas terperangkap dengan janji manis lelaki miang.

Ini berikutan gadis seperti itu terlalu kemaruk untuk memiliki teman lelaki tanpa menyiasat latar belakang kenalan baru apabila berhubung melalui laman sosial.

Akibatnya, mereka mudah terpedaya dengan ayat manis kasanova yang sentiasa mencari peluang memerangkap gadis naif dalam laman sosial berkenaan hingga berakhir di bilik tidur.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...