Tuesday 18 December 2012

SUMBANGAN PAKATAN RAKYAT KEPADA RAKYAT SELANGOR



Kaya la aku lepas ni..

Ini pula sumbangan Pakatan Rakyat kepada rakyat Selangor yang mengundi deme pada 2008.  Menaikkan bayaran lesen perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya mulai tahun depan.  Best la kome.  Bukan senang nak cari pemerintah macam gini.  Siapa yang undi deme, boleh la undi deme lagi.  Bagi lagi naik apa-apa yang patut.  Entah-entah naik pulak harga masuk tandas kat Selangor.  Dah kira baik la jugak, supaya mengggalakkan rakyat ke tandas rumah sendiri.  Lepaih undi lagi deme ni, dapat habuan untuk rakyat naik cukai pintu supaya menggalakkan rakyat jangan buat pintu kat rumah sendiri..heeee..

SHAH ALAM 17 Dis. - Barisan Nasional (BN) negeri menyelar sikap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa menzalimi rakyat kerana mahu menaikkan bayaran lesen terhadap 90 jenis perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mulai tahun depan.

Koordinatornya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, dakwaan tersebut merupakan antara maklumat dan aduan rakyat yang diperoleh melalui Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) yang dikendalikan BN negeri.

Paling mendukacitakan kata beliau, selain premis perniagaan, kerajaan negeri juga dijangka mengenakan bayaran lesen kepada premis-premis rumah kebajikan melibatkan orang tua, orang kurang upaya (OKU) termasuk pusat jagaan kanak-kanak persendirian.

Menurutnya, ketika pentadbiran Selangor di bawah BN, kadar bayaran lesen kepada peniaga tidak dinaikkan manakala premis-premis kebajikan seperti orang tua, OKU dan pusat penjagaan kanak-kanak tidak dikenakan sebarang bayaran.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...