Sunday 10 March 2013

Kumpulan Nasyid UNIC Menggegarkan Tasek Gelugor



Teluk Air Tawar- 8 Mac 2013- Program Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia bertempat di Pantai Robina Teluk Air Tawar anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor memulakan tirainya malam ini .

Program selama 3 hari bermula 8 Mac 2013 sehingga 10 Mac 2013 ini sarat dengan pelbagai program yang dibawakan khas untuk golongan muda dan belia dalam Parlimen Tasek Gelugor. Pelbagai acara yang sangat menarik seperti senamrobik, paintball, futsal, tomoi, battle of the band, gotong royong dan banyak lagi menanti pengunjung.

Turut menyerikan program Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia ini adalah barisan artis yang dibawakan khas oleh pihak Astro bagi membuat persembahan pada malam 9 Mac 2013 beserta dengan majlis perasmian yang akan di sempurnakan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Program yang bermula malam ini dihadiri hampir 400 orang dengan pentas utama menampilkan Imam Muda Aran dan Kumpulan Nasyid UNIC.

YB Dato Jahara Hamid selaku ADUN Teluk Air Tawar turut hadir bersama-sama orang ramai menyaksikan acara yang berlangsung malam ini.

Kepada semua jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam Program Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia kerana ianya turut menampilkan pameran dan agensi kerajaan.

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...