Monday 11 March 2013

Lahad Datu : Jangan Nak Buat Cerita, Terbalik Pulak Dah!


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa rakyat Filipina di Sabah dizalim oleh pasukan keselamatan dalam usaha mengesan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Ahmad Zahid berkata, beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai anggota keselamatan yang menzalimi komuniti Sulu yang menetap di Lahad Datu.

"Saya percaya bahawa ini adalah tuduhan tidak berasas. Jika berlaku insiden tembakan, polis dan tentera akan membuat pengumuman sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Pembinaan Kolej Kediaman (Mahallah) di tapak Mahallah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, Isnin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...