Friday 15 March 2013

Manisfesto Yang Boleh Melingkupkan Negara.


Kenyataan yang diberikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad ketika diajukan soalan mengenai pandangannya terhadap Manisfesto yang diwar-warkan pihak Pakatan Pembangkang untuk kempen pilihanraya ke-13 ini, beliau menjawab, “negara akan muflis”.

Sambil tersenyum, beliau berkata “pembangkang kata manifesteso ini bukan janji”..

Menambah lebih lanjut, beliau menjelaskan bahawa nasib Malaysia sekiranya manifesteso itu berjaya di laksanakan, kita akan menjadi seperti negara Greece yang berbelanja besar sehingga berhutang melebihi pendapatan, akhirnya negara kesatuan Eropah itu, jatuh muflis!

Ujar Tun Mahathir lagi, sepertimana yang terkandung di dalam buku jingga mereka mencadangkan penurunan beberapa cukai dan berbelanja lebih, ini menjejaskan perolehan negara. “Negara dapat hasil sedikit, tapi yang keluar banyak”…

Penelitian seorang yang berpengalaman dalam soal urus tadbir negara serta telah berjaya menyelamatkan krisis kewangan yang melanda Malaysia ketika dahulu, bagaimana mahu kita bidas pandangan daripada orang seperti Tun Mahathir ini?

Bukan sahaja telah berjasa kepada negara, beliau juga antara individu yang paling diyakini kerana sering kali diundang oleh negara-negara luar, untuk membantu negara mereka meningkatkan taraf ekonomi.

Sebab itu, agenda yang dibawa oleh pembangkang ini melalui manifesto mereka, wajar kita tolak kerana dilihat sekadar mahu memancing pengundi pada PRU-13. Adakah ini “gula-gula”?

Manifesto bukan janji kata mereka, tapi apa yang pasti jika di laksana, muflis lah jadinya. Maka tidak hairanlah Tun memberi tafsiran bahawa ini adalah “kerja orang bodoh…” sebab “tak pernah lagi orang buat”.

PEMBANGKANG GAGAL LAGI.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...