Sunday 10 March 2013

TERKINI 10.30 PM : Pengganas Sulu Terus Digempur!

Hari keenam menujukkan tiada tanda-tanda pengganas Sulu mahu menyerah diri dan melakukan gencatan senjata seperti yang dilaporkan oleh media Filipina. Menurut berita terbaru, pengganas Sulu sebaliknya bertindak agresif sehingga menyebabkan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam insiden berbalas tembakan yang berlarutan selama lapan jam di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu malam Sabtu.
Kelihatan penduduk Kampung Tanjung Labian berjalan kaki keluar dari kampung mereka pada hari keenam Op Daulat, Ahad

Susulan itu, pasukan keselamatan membabitkan polis dan angkatan tentera yang membentuk Op Daulat meneruskan operasi menjejak pengganas, dengan orang ramai sekali lagi diingatkan supaya tidak menghampiri kawasan Zon Merah yang ditetapkan sejak gerakan ofensif dimulakan Selasa lepas.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...